Tuesday, 24 June 2014

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar termasuklah segala benda hidup dan juga bukan hidup  yang terdapat secara semula jadi di bumi atau    
 sebahagian daripadanya. Terdapat beberapa komponen utama dalam alam sekitar. Yang pertama ialah ia merupakan unit landskap yang berperanan sebagai system semula jadi tanpa campur tangan manusia, termasuk flora dan fauna,batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku seperti gempa bumi, letupan gunung api, tsunami dan lain-lain. Ia juga merupakan sumber semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti iklim, air, udara, sinaran, cas elektrik, kemagnetan, sertatenaga yang tidak terlibat hasil daripada aktivitI manusia.                                                     
Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu suasana yang selesa dan menyamankan dapat dicapaikan sekiranya alam sekitar tidak dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat serius terhadap kehidupan manusia. Ini menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar dengan jelas. Antara kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin, memberi tarikan kepada pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan sama ada darat atau laut dapat terpelihara, dan mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria. Sampah-sarap yang menyekat pengaliran air membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya penyakit Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih akan menyebabkan sakit perut jikalau tersalah minum atau makan yang tidak bersih.

Yang kedua pula ialah memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Negara kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan eko. Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi. Ia mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil keuntungan negara bergantung kepadanya. Walau bagaimanpun, pembangunan pelancongan yang berteraskan semula jadi juga mungkin bercanggah dengan sasaran pemuliharaan. Cabaran dasar adalah untuk mendapatkan imbangan yang betul iaitu pelancongan eko yang dilaksanakan dengan rapi dapat melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada perlindungan tersebut. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Taman Negara yang terletak di Pahang, Terengganu dan Kelantan, hutan hujan tropika di Sabah, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah dan lain-lain. Terdapat juga banyak pulau-pulau di Malaysia, contohnya Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan kadar pelancong asing melancong ke Malaysia dan ekonomi negara kita juga akan naik juga.

Ketiga, alam sekitar merupakan pembekal udara yang segar. Pokok-pokok membekalkan kita udara yang segar. Kebersihan dan kesegaran udara menyumbangkan kita pernafasan yang sihat, udara yang berkandungan oksigen tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Tetapi manusia tidak menghargainya malahan memusnahkan mereka demi menjalankan pembangunan yang tidak terhad. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara, contohnya kesan rumah hijau, jerebu, banjir kilat dan sebagainya. Keadaan yang semakin serius ini mengakibatkan kualiti udara terjejas menjadi kurang berqualiti. Dalam keadaan , sistem pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik dan mungkin menjangkiti penyakit seperti asma, sakit jantung dan sebagainya. Terdapat juga berlakunya jangkitan penyaki yang merebak melalui udara yang agak serius kebelakangan tahun ini yang boleh mengakibatkan kematian iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) pada November 2002 dan H1N1 (Virus Influenza A) pada tahun 2006. Hal ini memang dapat dielakkan jikalau semua pihak memberi kerjasama dengan menjalakan pembangunan dengan sistematik.

Alam sekitar dalam keadaan yang baik juga menjamin ekosistem yang stabil. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan yang membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi dengan teknologi canggih membolehkan kita menghasilkan kuasa elektiok hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pergantungan terhadap tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang mencemarkan alam sekitar.


Kelima, alam sekitar merupakan habitat hidupan sama ada darat ataupun laut. Satu alam sekitar yang harmoni membolehkan kediaman hidupan darat dan laut terpelihara. Tetapi, pembangunan yang amat pesat mengakibatkan penerokaan hutan yang tanpa kawalan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi haiwan, menyebabkan haiwan haiwan terpaksa mencari habitat yang baharu dan kadang kala terpaksa menceroboh ke kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan. Oleh itu, pihak yang berkenaan haruslah memguatkuasakan undang-undang untuk mendenda pihak yang menerbang pokok-pokok dengan tiada kawalan demi menjamin kediaman haiwan-haiwan.

Yang terakhir, alam sekitar yang diuruskan dengan sistematik dapat mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Masalah pembalakan haram yang kian serius mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Demi mendapatkan keuntungan mereka sanggup menjalankan pembalakan haram di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpanan dan taman negara. Pemburuan haram juga merupakan salah satu punca kepupusan flora dan fauna. Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia menyebabkan kemusnahan habitat dan sepsis haiwan. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis haiwan yang kian terancam dan tinggal sejumlah yang sedikit sahaja kerana permintaannya yang tinggi terutamanya dalam bidang perubatan Cina. Pihak yang berkuasa haruslah melaksanakan langkah-langkah dengan cekap dan efektif untuk menjaga flora dan fauna yang hampir pupus.

Kesimpulannya, alam sekitar adalah sangat penting kepada kita semua. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar ataupun boleh dikatakan bumi yang kami cintai yang semakin teruk. 





LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR


ALAM SEKITAR



 Apakah yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar adalah segala benda hidup dan bukan hidup yang dimana wujud secara semula jadi di permukaan bumi ini. Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu alam sekitar semakin menjadi, contohnya pemusnahan hutan, kesan rumah hijau dan isu-isu lain seperti yang dipaparkan di surat khabar atau televisyen telah menyebabkan keseimbangan ekosistem di permukaan bumi ini terganggu. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dengan adanya alam sekitar yang tidak tercemar maka kehidupan manusia akan selesa dan menyamankan.

Pada masa sekarang kita sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora(tumbuh –tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung dengan menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Bagi kebanyakannya sering mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan negara. Kita mengorbankan alam sekitar di sekeliling kita bagi memneri laluan kepada pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies flora dan fauna telah pupus dan telah menyebabkan ramai generasi muda sekarang sudah tidak dapat mengenali spesis-spesis yang telah pupus itu.

Tambahan lagi, teknologi yang semakin canggih dalam menghasilkan pelbagai produk juga menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk memulihkan alam sekitar daripada pencemaran. Bagi mengurangkan isu-isu alam sekitar, semua masyarakat perlu bertindak secara bersama untuk memperbaiki alam sekitar kita yang semakin terjejas ini. Kita perlu mencari langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasinya supaya dapat meningkatkan  kesedaran kepada masyarakat untuk menyayangi alam sekitar. Langkah-langkah tersebut dapat mendorong orang ramai supaya peka terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Selain itu, memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang sedang membesar tentang kepentingan alam sekitar adalah perlu untuk mendidik mereka supaya prihatin terhadap alam sekitar. Bak peribahasa berkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu adalah penting untuk ibu bapa sebagai insane yang paling rapat dengan anak-anak memberi pendidikan awal dalam mendidik mereka supaya prihatin terhadap alam sekitar. Kanak –kanak yang sedang membesar perlu dilatih supaya menguasai nilai-nilai murni dalam dirinya. Ini kerana dengan adanya nilai-nilai murni ini, secara semula jadi ia akan memberi kesedaran pada seseorang tanpa dipesan dan diberitahu. Contoh salah satu aktiviti yang boleh diberi kepada kanak-kanak ialah mewarna lukisan alam sekitar dan menerangkan kepada mereka bahawa kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan manusia.
Di samping itu, guru -guru di sekolah juga perlu memainkan peranan dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Guru–guru perlu menanamkan sikap prihatin terhadap alam sekitar supaya menjadi rujukan kepada pelajar. Selain itu, guru–guru perlu bertanggungjawab untuk memberi ilmu pengetahuan tentang alam sekitar kepada pelajar supaya generasi itu peka dan bertanggungjawab terhadap isu–isu alam sekitar. Contohnya aktiviti yang boleh diberikan kepada pelajar ialah menanam pokok–pokok supaya pelajar mempunyai perasaan cintakan alam sekitar.

 Media massa juga perlu memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar. Contohnya media massa boleh menyiarkan cara–cara untuk melindungi alam sekitar ataupun kesan–kesan jika manusia tidak memelihara alam semula jadi. Artis boleh menjadi model untuk mempromosikan iklan–iklan menyayangi alam sekitar. Masyarakat lebih minat untuk mengikutinya kerana mereka merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian. Antara iklan yang boleh dipaparkan adalah menaiki kereta bersama-sama apabila ingin pergi lokasi yang sama kerana ini dapat membantu mengelakkan pencemaran udara dan menjimatkan petrol.



Selain itu, syarikat perindustrian juga perlu bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Syarikat perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Syarikat perindustrian perlu mengamalkan etika-etika yang betul untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Syarikat tidak harus memikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.

Langkah yang seterusnya adalah kita sebagai individu perlulah memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan. Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.

Kesimpulannya, apabila kita menyayangi alam sekitar kita akan mempunyai alam sekitar yang selesa dan bersih manakala kesihatan manusia akan terjamin. Selain itu, negara yang cantik dengan pembekalan udara yang segar akan menarik perhatian pelancong asing. Di samping itu, bumi kita akan mempunyai ekosistem yang stabil, maka habitat hidupan darat dan air terpelihara dan juga dapat mengelakkan kepupusan.

Tuesday, 17 June 2014

Cara-cara untuk menarik golongan pelajar agar mencintai alam semulajadi




Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, geografi & lukisan seperti ekosistem hutan, ekosistem sungai, video terumbu karang karang dan sebagainya, selain pendedahan tentang isu-isu alam sekitar yang terkini.

Selain itu, Eco Camp ini juga berjaya memupuk semangat kerjasama & toleransi melalui aktiviti berkumpulan serta menerapkan nilai-nilai rendah diri melalui aktiviti seperti jurit malam dan cintai sungai kita.

Beberapa program juga telah dijalankan antaranya ceramah alam sekitar & mini bengkel. Salah satu program yang menarik minat ialah audit alam sekitar yang memberikan peluang pelajar menerapkan konsep 5 R (Rethink, Reduce, Reuse, Repair dan Recycle) dalam aktiviti kumpulan. ia lebih menekankan kepada bagaimana pelajar dapat memainkan peranan mengamalkan penjimatan tenaga secara berkesan.